Kasih Buat Ibu
Ibu
Selaut kasihmu
tak terbalas olehku
walau kuhimpun segunung permata
walau kuhimpun segunung mutiara
Ibu
dalam kepayahan
mengunyah penderitaan
mutiara cintamu tak terabai
kasihmu melimpah bak sungai
mengalir mesra
ke muara kehidupan
mendewasakan aku dalam kesempurnaan
mengecap makna kasih sayang sebenar
Ibu
dimatamu terpancar sebuah cinta
diwajahmu terbayang sebuah syurga
kusanjung kasihmu setiap saat
kujunjung kasihmu sepanjang hayat
Penulis: Mohd Zamri b Abdul Rahman
Kepada ibu sy Jameah bt Napiah, Selamat Hari Ibu..Terima kasih tak terhingga kerana melahirkan dan membesarkan sy dengan penuh kesempurnaan.DIKAULAH IBU YANG TERBAIK DIDUNIA INI. My mother is super.. She has 12 kids and loves each and every one of us with unconditional love. I should have noticed how hard you struggled to raise us.. thank you and we loves you so much..
Kepada para ibu..Happy Mother's Day..
Hey....
ReplyDeleteFound ur blog.....Hahaha....Blog aku dah makin nak bersawang....skrg nih musim MALAS nak update...hehehe