Tuesday, May 25, 2010

Kampungku

every picture tells a story




Banjaran Titiwangsa..



Kedamaian, ketenangan..semuanya ada disini..

Thursday, May 13, 2010

Hasrat..

Tentang Aku..Dia..dan.. Kami..
1992
Sama kelas tapi kurang mengenalinya
1993
Kelas berbeza dan bermulalah ikatan persahabatan dengannya
1994
Dia berpindah ke sekolah lain
Ada "sesuatu" diantara kami.."kuch-kuch hota hay" tetapi dipendamkan kerana menghormati persahabatan yang terjalin.
1995
Dia merupakan satu-satunya sahabat lelaki yang saya ada dan juga merupakan sahabat karib saya pada ketika itu
1996
Dia ingin melanjutkan pelajaran ke negeri lain..didalam hati "apa yang patut saya buat.dia dah nak pergi.."tanpa pengetahuan saya, zalifah(kawan karib saya)dan dia telah membuat satu plan untuk merapatkan hubungan kami.Terima kasih kami ucapkan kepada teman saya Zalifah. Segala budi baik anda akan kami kenang hingga ke akhir hayat..
1996-1999
Hubungan jarak jauh bermula..Dia belajar di timur tanah air dan saya pula belajar di Perak .
1999
Dia menamatkan pengajian di Kota Bharu dan saya pula mendaftar diri sebagai pelajar di Uitm.
2003
ikatan tali pertunangan diantara kami
2005
Hari yang bersejarah buat kami berdua..14/05/2005 merupakan tarikh kami disatukan sebagai suami isteri dan esok genaplah 5 tahun ulangtahun perkahwinan kami.


Sehingga kini dan selamanya..
Berapa tahun saya mengenali dirinya..?banyak dugaan & rintangan yang kami tempuhi.Tetapi Alhamdulillah..benarlah..sekiranya dia adalah jodoh kita yang ditetapkan oleh Allah..maka segala ujian dan dugaan itu akan dapat kita tempuhi..
Buat suamiku Zahrunnahar..Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke 5.Tiada apa yang lebih bermakna dari dapat berkongsi hidup ini denganmu dan Aisye..Moga kasih yang terjalin ini akan terus berkekalan didunia dan diakhirat.InsyaAllah..


Dari isterimu
IbuAisye..

Monday, May 10, 2010

Thank U Guys..

Rabu lepas telah berlangsung majlis perasmian KSP Ptpl Sentral
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar
bermula dari aktiiti jualan,perasmian dan akhir sekali tayangan video
penat jangan cerita la..
sebab tiga acara berjalan serentak dari pagi hingga ke petang

a day before the event

Teamwork..

Bekerjalah kita semuanya..

During the event

Ptpl Students

Prinsipal menandatangani pada buku sebagai acara simbolik perasmian

After the event

KSP committee members

KSP members


Thank u so much pada KSP members
teamwork meemaang mantap
tanpa u all aktiviti ni mungkin sukar dilaksanakan
insyaAllah lepas final exam nanti
kita celebrate dengan aktiiti yg dapat melepaskan tekanan dan regangan ye..
BOWLING!!!
see u guys at Mid Valley
on 22 May 2010.
we show our talent
& again....
enjoy this moment..

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu..

Selamat Hari Ibu
Teristimewa untuk ibu saya Hjh Jameah bt Napiah
dan untuk semua wanita yang bergelar ibu..
Pengorbananmu ibu tiada tolak bandingannya..
Semoga ibu diberi kesihatan yang baik
dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki
& diberkati selalu..Aminn

Last Friday nite
i got something special from the someone special
Aisye give me Mother's Day Card
she made a card at her kindy
nevertheless, the card is very precious to me
soo sweet
Im gonna frame it


Pertama kali dalam hidup ini menerima kad dari seorang anak..


Thanks dear..
we loves u too
u means everything for ibu & ayah
be a good daughter
May Allah bless us..Aminn

Hujung Minggu Bersama Aisye

Kucing...mama awak mana kucing..
ooo mama awak pergi kedai ye
ok..takpe, biar saya jaga awak ye kucing..
jomla kucing.. masuk rumah saya
rumah saya cantik tau..
jomla..


itulah perbualan aisye dengan kucing pagi tadi..
(tak ada member nak sembang..dgn kucing pun jadi..kesian..)
kucing tu pun pandai..
berdiri dekat tingkap sambil ber meoww2 panggil aisye
lama jugak aisye pujuk kucing tu masuk
Tapi sampai ke sudah..kucing tu tak masuk
kucing tu tahu kot..
ibu Aisye ni garang & tak berapa suka dengan kucing
binatang kan ada instinct yg kuat bab2 feeling ni.

tengah berblogging ni
Aisye datang jenguk2..
Ibu..Aisye saayaang ibu.
(dia memang pandai ambil hati)
ibu..Aisye bosanla ibu duduk rumah
apa kata kita keluar jalan2.

haaa betul tak dia pandai ambik hati..
dah bosan sangat la tu..
hmmmmm..

ini latest picture dia..
dah macam anak dara gayanya..





Monday, May 3, 2010

Facebook oohh Facebook..

Buka mata facebook
kat rumah facebook
malah dekat tempat kerja pun berfacebook jugak..
tapi tidakla sehebat berfacebook dekat rumah
ketagihan yang masih dapat dikawal
Buka pun kejap-kejap je..
boleh dikatakan sehari tanpa facebook
ibarat bunga yang tiada madu, sungai yang tiada air atau ular yang hilang bisanya..
(hehehe..perumpamaan yang melampau..)

Tapi malam ni tak tahu apa yang dah jadi dengan Facebook ku
tak boleh buka...huhu
masalah ni saya seorang hadapi
atau semua orang..(kalau semua orang takpe..dengki3x..)
klik je kat website Facebook ku..maka akan keluarla ayat menyayat hati ni..
Service Unavailable - DNS failure
The server is temporarily unable to service your request. Please try again later.
Reference #11.d74b52cb.1272895128.50f8be2


Disini saya doakan semoga facebook kembali sihat ye..
Tak sabar nak jumpa facebook tau..
ummhhhsss..

Sunday, May 2, 2010

Surprise Untuk Mak dan Abah


Alhamdulillah..majlis hari jadi mak yang dirancang last minit berjaya juga.
Cuma ramai juga adik beradik yang tak dapat balik.Disebabkan plan pun dah last minit,mungkin masing-masing ada hal yang tak dapat dielakkan...tapi takpe..majlis tetap berlangsung dengan meriahnya.



Menu kali ini berbeza sedikit dari yang lepas-lepas.Barbeque yang selalunya dibuat pada setiap bulan..tak ada pada majlis ni.Bagus juga sekali sekala ubah selera..kalau setiap bulan buat barbeque..nanti jemu pulak.Bulan depan continue balik.


Sebenarnya tarikh lahir mak pada 21 April lepas..cuma majlisnya baru dibuat malam tadi.Selalunya macam tu la.Sesiapa yang menyambut hari lahir pada bulan tersebut akan diraikan pada setiap hujung bulan.Senang buat sekali..Memandangkan mak suka jubah..jadi untuk birthday present, kami adik beradik decide belikan jubah untuk mak.Jubah yang sangat cantik..kombinasi warna hitam & pink pekat, ada manik2 dan bunga besar dekat bahagian hadapan..(ramai yang berkenan dengan jubah tu..**siapa yang pilih.**hehe)tapi sayang lupa nak ambil pic jubah tu untuk tempek kat sini.


Majlis ini dirancang tanpa pengetahuan mak dan abah..saje buat surprise.Bila mak tanya majlis ni untuk apa, kitaorang jawab..untuk birthday Aleesya.kebetulan birthday Aleesya pada bulan April jugak..(hehe Aleesya jadi mangsa..).Sorry mak..bohong sunat.

Apapun..saya doakan semoga mak & abah dipanjangkan umur.dimurahkan rezeki,diberi kesihatan yang baik & diberkati selalu..Aminn..