Tuesday, June 22, 2010

Jasamu Kami kenang..

Hampir 5 tahun 10 bulan usianya
membantu adik beradik & kami sekeluarga
dalam mencari nafkah dibumi yang fana ini..
sungguh tak ternilai pengorbanannya

Tapi kini
dirinya terlantar sakit
mungkin masih menunggu dana untuk mengubatinya..
InsyaAllah penghujung bulan ini
akan kami bawanya ke 'hospital"
agar ia cepat sembuh
dan dapat membantu keluarga ini lagi..




Aisye selalu cakap, kereta aisye yang comell..

inilah "dia' yang saya maksudkan
my 1st car after 4 month i worked..
then i gave to my father to use.
bukan sekadar ayah
tetapi juga kepada adik beradik lain yang ingin menggunakannya









sebahagian pemilik kenderaan yang pernah menggunakan perkhidmatannya dikala emergency..
termasuklah husbandku..
semoga ia dapat kembali menabur bakti..


Nota: Baru perasaan rupanya warna putih adalah warna favourite family saya..

Monday, June 21, 2010

Rezeki..

Bak kata orang
rezeki jangan ditolak
musuh jangan dicari..
bila orang bagi kita ambillah
jangan jual mahal pulak..

Alhamdulillah
hari ni dapat rezeki dari Allah
melalui kawan-kawan
terima kasih Awa Neo & kawan husband
(tak tahu nama..)
moga bertambahla rezeki awak berdua


jagung,mangga & pisang ni
awa yang bagi..dia beli dekat Kuala Selangor
masa buat job kat sana..


udang ni pulak, kawan husband yang bagi
katanya hasil tangkapan memancing
dekat kolam berbayar
hmmm nak masak apa ye..

Apapun..thanks uolls
esokla masak jagung & udang
malam ni dah kenyang..

Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Ayah..



Sorry ye kawan-kawan ibu..Aisye nak pinjam kejap blog ibu aisye ni boleh..
Hari ni kan hari Ayah.. jadi
Aisye nak ucap Selamat Hari Ayah kepada ayah Aisye..Namanya Nahar.
kad ni Aisye yang buat dengan bantuan ibu..
sticker letter tu aisye yang stick
tapi auntie-auntie semua perasan tak
huruf Y paada Day tu sebenarnya huruf J
huruf Y dah habis jadi ibu pilih-pilih
mana huruf yang nak sama dengan huruf Y..
tak nampak sangat bezanya kan..hehe
okey..
gambar-gambar tu pun Aisye yang lukis
ada gambar ayah, ibu dan aisye tengah berenang dalam laut
gambar fish pun ada..tepi fish tu sotong
tapi aisye tak pandai lukis sotong
nampak macam sun pun ada jugak..hehehe
takpe la..nanti aisye bagitahu kat ayah
yang tu sebenarnya sotong bukan sun..

ayat we love u tu pun aisye yang tulis jugak
ibu tulis dekat kertas lain dan aisye ikut apa yang ibu tulis
sebab aisye tak pandai mengeja lagi
Menulis aisye tahu la..
lepas dah siap buat kad..
ibu suruh aisye pakai lipstik
ooo rupa-rupanya ibu suruh kiss dekat kad tu
ingatkan ibu nak solekkan aisye..
aisye dah besst dah tadi
ibu cakap..aisye tak pandai sign
sebab tu la ibu suruh aisye kiss dekat kad tu..
(sign tu apa ye..aisye macam tahu..tapi macam tak tahu ada jugak..)
tak kisahla..
cantik kan kad Aisye buat ni..

Pada Ayah..
Aisye sayang ayah..
ibu pun sayang ayah juga..
Ayah jaga diri baik-baik tau
ayah mesti tahu sebab tiap-tiap kali
ayah keluar pergi kerja,
aisye mesti cakap macam ni kat ayah..
ibu pun sama
We love u..ummhsss

terima kasih ibu sebab pinjamkan blog ibu ni..
aisye tak sabar nak bagi kad dekat ayah
dari tadi aisye pegaaang je kad ni
bila ayah nak balik ni..
tak sabar dah ni...



bye..

Aisye

by Ibu..

p/s: Selamat Hari Ayah juga pada Tokwan-tokwan Aisye..

No..No..No..

Musim world cup ni semua orang cerita fasal bola
Dalam fb apatah lagi
macam husbandku..
time malam je layan bola
tapi sebenarnya tak sampai beberapa minit,
bola pulak tengok dia..

ingat 'dialog tiba2' aisye masa dalam kereta
hmmm..sekarang ni semua orang
asyik cerita fasal bola..bola..bola..

then saya tanya: mana aisye tahu
ramai orang cerita fasal bola

ye la..kat rumah mak dan
dekat dalam tv pun asyik bolaa je..


nak tergelak pun ada sebab tak ada angin, tak ada hujan
tiba2 mengomel fasal bola
dan yang paling tak boleh tahan,
dia request dari ayah dia
supaya belikan bola untuk dia main dgn abg Izz
jiran sebelah rumah baby sitter..
no..no..no.. u're gurl..
main doll x pe..
tapi doll kat rumah ni,
tak nak pulak dia main..
mybe takde member kot..kesian..


Ramai member2 cakap..like mother like daughter.Dari segi apa tu.Muka memang la.dah nama pun mak kan..


Aisye yang suka bergaya..pantang nampak camera..


Rupa-rupanya bergaya dengan baju ayah..dengan baju ayah pun jadi..

Sunday, June 13, 2010

Hobby baru..

Excited betul bila dah agak pandai dalam edit mengedit picture
2, 3 jam pun boleh mengadap benda alah ni
tapi saya layan benda ni bila aisye dah tido
atau dia tengah leka main

hasilnya tak lah sehebat mana
tapi cukuplah buat saya berpuashati
sebab.. ini adalah hasil kerja saya sendiri..
ok atau tak itu tak jadi masalah
nama pun hobby kan..

korang tengok pic ni ye..


sebelum diedit


Selepas diedit

Saturday, June 12, 2010

Tak ada tajuk..

Sabtu yang membosankan
Balik kerja..pergi lunch & terus balik rumah
hujan...sampai ke petang. Alhamdulillah..
Sampai rumah, rumah agak bersepah
sebenarnya sy memang pantang tengok rumah bersepah2 ni..
pening kepala & mood mula dah lain macam
rasanya keluar kerja pagi tadi dah kemas
bila ditanya macammana rumah
dua-dua pun cakap okkk ibu..
bagi diaorang berdua, okla kot..
hurmmm biasala kalau lil gurl & big boy ada kat rumah..

walaupun penat, kemas la sikit2 apa yang patut
lepas tu layan tv sampai ke petang sambil berfb & bloggging
malam ni takde plan ke mana lagi..
malas menguasai diri..

Wednesday, June 9, 2010

Semasa dan Selepas..

First of all
me on behalf my family
nak wish..Selamat Pengantin Baru
untuk adik perempuan sy
Nor Wahida bt Mat Noor dan pasangannya Mohd Ridwan b. Abd Maain
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..



Majlis telah berlangsung pada 5 June 2010
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar
cuma sekiranya ada kekurangan
mohon maaf dipinta..
pada majlis tu, my lil daughter
jadi flower gurl..
memang dia yang nak & apalagi..
seronok sakan la dia & cousinnya Anis..
jadi artis kejap..



Hari esoknya kenduri rumah lelaki
sebenarnya, pengantin ni kawan masa sekolah
so rumah pun tak jauh antara satu sama lain


kenduri rumah lelaki ada 2 pasangan pengantin..pasangan sebelah kiri adalah anak sedara pengantin lelaki..


Sebahagian kereta yang mengikuti rombongan pengantin..tapi lupa nak snap kereta yang pengantin naik..disebabkan ada 2 pasangan pengantin, jadi Alza Ju & nizam digunakan untuk membawa pasangan mempelai.. just nice.. kalau naik avanza, hmmmm..besar sangat la pulak..yang sedihnya Gen 2 merah tak dapat ikut serta sb..


Selepas je kenduri, Aisye demam..kesian aisye & alhamdulillah aisye dah sihat sekarang..

Demam macam ni selalunya brjangkit..so adik2 sy, anak sedara & abg pun demam juga..diharapkan semua cepat sembuh..sebenarnya orang yang pertama sekali demam adalah pengantin perempuan.Dia demam sehari sebelum nikah sehingga majlis kenduri.Nasib baik semuanya ok..Alhamdulillah..


Adik perempuan..dah tak larat..landing je la depan bilik..sian


anak sedara:Kimi..Mak tam paksa buat peace walaupun demam..hehe

Nota untuk dia dan kamu..

salam semua..
lama tak menulis kat blog...rinduuu
tetapi bila aura kemalasan lebih kuat dari kerinduan..
semua tu ditolak tepi..

2 minggu lepas, one of my best frenz datang ke semananjung
for sure dia dari sabah or sarawak kan..?
pujuk2 dia dalam fb & alhamdulillah akhirnya dia termakan juga pujuk rayu saya..
tambah best lagi bila dapat jumpa effah
effah juga adalah sahabat karib sy masa study
dapat sembang dari pukul 6ptg-10.30 mlm
itupun tak puas & rasa macam tak nak balik je..
miss her so much..

thanks untuk sis Fida
sanggup habiskan cuti untuk datang ke sini jumpa kawan2 lama
& sudi juga stay kat rumah sy untuk 2 malam..
Fida adalah x-classmate,x-housemate & x-roomate since 2000-2002 masa diUitm..
tahun 2006 adalah tahun terakhir jumpa dengan dia
bermakna dah 4 tahun tak jumpa dia
but syukur alhamdulillah akhirnya dapat jumpa semula
dibandingkan dengan kawan2 lain, ada yg lepas study langsung tak berkesempatan untuk berjumpa
tak ada rezeki lagi mungkin..


Auntie Fida & Aisye

Untuk fida
moga kita dapat bertemu lagi
InsyaAllah..kalau tak ada halangan, hujung tahun ni
sy sekeluarga akan ke sana
untuk kawan2 semua..sy sentiasa merindui kalian
walau tak dapat berjumpa
tetapi anda semua sentiasa berada dihati ini..
miss all my frenz..


Effah,Fahmi,Lynn & Fida