Guru oh Guru
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Kepada semua guru di Sekolah Kebangsaan Felda Trolak Selatan (1985-1990), Sekolah Menengah Trolak (SEMETRO 1991-1995), Sekolah Menengah Sungkai (1996-1997)dan Universiti Teknologi Mara, (UiTM Shah Alam..2000-2002).SeLaMaT HaRi GuRu. Terima kasih kerana mendidik dan mengajarku sehingga menjadi insan berguna..Jasamu guru akan terpahat sehingga ke akhir hayat..
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan
Friday, May 15, 2009
Friday, May 8, 2009
Selamat Hari Ibu
Kasih Buat Ibu
Ibu
Selaut kasihmu
tak terbalas olehku
walau kuhimpun segunung permata
walau kuhimpun segunung mutiara
Ibu
dalam kepayahan
mengunyah penderitaan
mutiara cintamu tak terabai
kasihmu melimpah bak sungai
mengalir mesra
ke muara kehidupan
mendewasakan aku dalam kesempurnaan
mengecap makna kasih sayang sebenar
Ibu
dimatamu terpancar sebuah cinta
diwajahmu terbayang sebuah syurga
kusanjung kasihmu setiap saat
kujunjung kasihmu sepanjang hayat
Penulis: Mohd Zamri b Abdul Rahman
Kepada ibu sy Jameah bt Napiah, Selamat Hari Ibu..Terima kasih tak terhingga kerana melahirkan dan membesarkan sy dengan penuh kesempurnaan.DIKAULAH IBU YANG TERBAIK DIDUNIA INI. My mother is super.. She has 12 kids and loves each and every one of us with unconditional love. I should have noticed how hard you struggled to raise us.. thank you and we loves you so much..
Kepada para ibu..Happy Mother's Day..

Thursday, May 7, 2009
Info Hunt
Last week organize Info hunt dengan Sek. Men Sri Pantai.All the students memang sporting & enjoy habis..Ada yang minta untuk buat lagi lain kali..InsyaAllah akan dipertimbangkan..
Thank you so much for En shahmie as a School Unit Officer, Akram, Fakri, Mira & Aqila (MPP year 2007-2008) assist me to run this program ( dah makan kfc kan..) & special thanks to Cikgu Ranita ( Guru Pusat Sumber) because gime me a chance to to this program.Thank you..thank you..
nanti saya buatkan sijil ye untuk student cikgu yang jadi AJK pada hari tu..
Enjoy these photos..
mpp group
Participants

Tuesday, May 5, 2009
Kenduri
Last 2 weeks adik sy, Ju baru dapat baby girl.Namanye Zara Aleesya..suke la nama tu.Senangle aisye menyebutnye sb sama nama dengan adik Haziq dalam Tom Tom Bak..1st time cakap kat Aisye, anak Mak Ode (Ju)namanye Zara Aleesya, Aisye dah cakap ibu.. macam Tom Tom Bak la ibu..Aleesya.. (dah agak dah..)
Ok... so Sabtu malam ahad lepas buatle kenduri cukur jambul Aleesya kat rumah Mak..yang tak bestnye..Aisye boleh tido dari petang sampai malam kenduri tu.. n bangun kejap dalam 15 minit then continue tido..Dia tak tahu betapa meriahnye sepupu2 dia yang lain main ramai2 malam tu ( biasele budak2.. orang sibuk kenduri diaorang syok main2) Bila tengok gambar kenduri.. Aisye boleh tanya, Ibu kenapa orang ramai2 kat rumah Atok ibu.. ???
Before kenduri..Waiting for our neighbors
This is a part of aisye's cousins
Kalau kenduri mesti ada chefnye kan..Chef untuk kenduri hari tu di import khas dari Sungai Buloh-Kak Ida , Bidor-Kak Long & Gunong besout-Kak Ngah. Konon sibuk bebonorle sy pada malam tu sampai tak sempat nak snap gambar kak Ngah..(Next kenduri ye Kak Ngah..)
Chef of the month..
Malam tu kenduri Aleesya kan tapi gambar Aleesya Mak Tam dapat snap dari jauh je..kesian Aleesya..next time Mak Tam post gambar Aleesya pulak ye..
Aleesya and Pak Ode

Saturday, May 2, 2009
Aisye's favourite
Satu petang yang agak memboringkan jugak la.. sy & husband decide untuk pergi jalan2 sekitar taman perumahan kitaorang je. Bila lalu satu restaurant ni namanya Six Point Riverside, Aisye seperti biasa akan meminta kami singgah untuk makan makanan kegemarannya disini. Makanan yang Aisye suka tu malam je ada..so malam nanti ibu & ayah akan bawa Aisye makan kat sini ye..
Gambar ni sebelum keluar pergi jalan2. Sempat lagi ayah n aisye posing..
Inilah suasana petang kat Bandar Baru Sungai Buaya..Best.pagi2 akan nampak kabus dekat gunung, bunyi burung..jauh dari hiruk pikuk bandar..time petang akan nampak matahari terbenam macam kat tepi pantai tu..n malam akan nampak kerlipan lampu dari Genting highland & yang paling Ayah, Ibu & Aisye suka bila waktu malam adalah melihat bintang dilangit..kalau ada bulan lagi best..Aisye akan cakap, Ibu..Moon tu ikut kite la ibu..(Alangkah indahnya ciptaan Tuhan..)
Chicky girl tengah posing dalam kereta
Seperti yang dijanjikan, kitaorang pun pergi le ke Restaurant Six Point RiverSide..tempat ni best..tepi sungai (dah namanya pun riverside kan..)decorationnya cantik macam ala2 kampung.. ada pondok, atap nipah, bubu untuk tangkap ikan n dikelilingi pokok pisang..(Restaurant macam ni malam je cantik, bila siang nampak suram..)
K.. ni la fav food aisye.. Chicken Chop..
Ayah tengah sibuk melayan puteri kesayangannya makan..
p/s Sedap lagi chicken chop yang ibu buat kan Ayah..

Subscribe to:
Posts (Atom)