Wednesday, June 17, 2009

Mak Borek Anak Rintik

Selalunya kite dengar Ayah Borek anak Rintik tapi kali ni nak tukar sikit jadi Mak.Kalau ibu lagi bagus.Maksudnya sama .. ada sikap atau perlakuan anak yang menyerupai orang tuanya..Tapi kan sampai la ni sy confuse, apa sebenarnya maksud Borek dan Rintik tu..ada sapa2 boleh jawab tak.

Ini sebahagian dari persamaan kami


1. Word BAHAYA

Bahaya memang serasi untuk kami berdua. Tapi bukan untuk diri sendiri. Bahaya akan kedengaran sekiranya ada orang sekeliling sedang dan akan melakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain. Tapi kalau kitaorang buat benda yang sama, ia masih lagi dalam kategori kurang bahaya..Kadang2 kalau terlalu obsess dengan word ni susah jugak.
Pernah satu malam sy call my sis. Dia inform yang diaorang on the way ke Tg Malim.Saje jenjalan.. Distance dr rumah ke Tg malim around 30 km n at that time ayah sy yang drive (selama ni pun memang dia le yang drive..)then sy cakap la kat my sis, bahaya la..dah malam, abah bukan nampak sgt..bla..bla..then mak sy cakap apa tau..Kalau dengan lynn semua bahaya..kalau dengan dia, duk rumah je la..muahaha..Teruk ke aku??
Kes ke 2/100
B4 this my husband ada motor untuk memudahkan dia ke tempat kerja while sy boleh guna kereta. Distance rumah ke tempat kerja dalam 5 min je..Tapi disebabkan terlalu prihatin yang terlebih2, am not allowed him to ride becoz of safety..so lepak le motor tu kat rumah tanpa digunakan. Tayar plak selalu pancit sebab statik je kat situ n lastly my husband bengang..dia jual motor tu kat kawan dia..puas hati ..
My kid pulak selalu remind anak2 jiran..kawan2 jangan panjat..BAHAYA.., jangan lari laju2..BAHAYA,ibu..kawan2 tu main kat jalan ibu..BAHAYA..nanti kena langgar.tapi kalau dia yang buat, tak bahaya le pulak..

2. KEMAS
Sy ni seorang yang sukee sgt mengemas tak kira la mengemas apa sampai satu tahap semua barang pun tak jumpa kalau nak cari.Kat kg dulu, kalau benda2 hilang je diaorang akan tanya sy..tahu le sapa orangnya yang nak ditanya..ayah sy pernah cakap, kalau ada sy, kemas le rumah ni tp kalau hilang benda pun, sy le jugak orangnya..Bg sy mengemas ni bagus tapi jangan sampai boleh menyinggung perasaan orang..nak tahu macammana ..baca kes ni
Location: ruang tamu
Time tu abg ipar tengah baca paper kat kusyen. (kat kusyen kan ada alas kusyen yang kecik n selalunya letak kat bantal kusyen yang kite sandar tu.. )ok..sy kebetulan ada kat situ tengah melawat kawasan..make sure ada tak budak2 buat sepah..n tak lama lepas tu abg ipar sy bangun n alas kusyen tu terjatuh. Dia baru je selangkah dari kusyen, sy terus pergi kat situ n betulkan alas n tepuk2 tempat duduk.Saya tak sedar dia tengok je apa yang sy buat then dia cakap dengan kakak sy yg kebetulan lalu kat situ..Ana ko tengok lynn ni.. abg baru je bangun dia terus kemas kusyen ni..sorry ye lynn..sambil gelak2. Masa tu baru terfikir, betul ke apa yang aku buat ni??
Same as me, Aisye pernah buat benda yang sama. Satu hari sepupu2 dia datang rumah n main toys dia..lepas main, budak2 tu tak kemas (biasale budak2 n sorang tu baru 1 tahun lebih)bila tengok toys dia sepah2 dia jerit kat sy..Ibu..sape tak kemas mainan aisye ibu..lepas main tak kemas..Adoii la anak..semua orang dengar.
Dia juga pernah sound my husband sebab tak letak pakian yang telah dipakai pada tempat yang betul..Ayat yang dia selalu guna.Ibu..ayah buat sepah2 ibu..Ayah tak kemas baju.Ayah...letak kat sini le ayah sambil letak baju kat dalam raga..Haa ini ibu sokong..Meeemang anak ibu..

3. TIDUR
Kami akan mengangkat lutut kanan ke atas dan menggerakkannya secara perlahan ke kanan dan kembali ke atas. dapat imagine tak..Dulu tak caya bila adik cakap sy tidur cam gitu tapi bile husband pun tegur jugak baru le percaya..n bila dah ada anak tengok dia pun tidur cam sy jugak.. hee..hee..kite kan sama..

4. Nanti la pikir
Perangai ni memang tak elok..bukan sengaja malas nak pikir. Kadang2 soalan tu kena pikir nanti2. ..ak boleh bagi jawapan on the spot.hee..hee alasan le tu..Anak sy dah mule mengikut perangai ibunya ni..kadang2 kalau kita tanya soalan cthnya:- Aisye..A for what..then dia jawable A for Apple..C for..,dia jawab.. tak pelah ibu..Aisye mengantuk la ibu..Aisye tido dulu ye..Hmmm..Bagusnyee anak ibu..


Korang pun mungkin pernah dengar mak atau ayah kita ada cakap masa kita kecik2 dulu..(selalunya buat perangai yang kureng baik la..)"buat la macam tu, nanti dah ada anak dia ikut perangai macam tu jugak." Haa.. Ghupenye mak and ayah kite cakap ni memang le betul..Kadang2 tanpa kite sedar anak2 kita mewarisi sikap dan perangai kite masa kecik2.Masa tu baru le terpikir apa yang mak & ayah cakap dulu2 kan.. Satu lagi adalah kepimpinan melalui teladan..untuk yang ada anak, berhati2 lah pada perlakuan dan percakapan anda sebab budak2 kecik ni senang absorb apa yang didengar dan dilihat especially yang tak elok..

Friday, June 12, 2009

Wedding @ Bora Ombak



Congrats to both of you..Intan & Husband.Wish u happy ever after n have a wonderful day..
Wedding ni Jumaat malam so agak penat sebab siangnya still kerja.Intan merupakan cousin husband saya merangkap anak pak long Din, pakcik husband sebelah MIL.aaaa faham kan..
Sampai di Bora Ombak around 10pm but guest still ramai..tempat ni walaupun entrancenya nampak kecik tapi dalamnya besar ..so nice which is it had a Balinese theme scenery so no wonder the moment you pass the entrance you can see the Balinese arches









Rombongan Cik Kiah malam tadi agak ramai jugak bila dicampur dengan kids..PIL, Acu & family, the Bachelor Pak Jang, Abg O & my family..
Dalam pukul 11 lebih we going back to hotel (my BIL booked apartment at Legend Hotel) & about 2am we have a sweeeett dreammm..hmmmmm zzzzzz..
Pagi tadi tetiba je si kecik ni terjaga n bila tengok member2 dia yang lain tengah syok tidor..dia boleh continue tidur tapi bukan dalam bilik.Nak tahu kat mana.. haaa tengok ni..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Suke-suke dia je nak tido kat mana..Aisye, Aisye...

p/s Try korang tengok 1st picture kat atas tu.. pada awalnya sy perasan yang my kid tak ade dalam gambar but when i zoom in the pic then i just see where she is..kesian anak ibu..tu la kecik sgt.tak perasan duduk kat mana..

Thursday, June 11, 2009

Warung kuku

Haii korang..lama dah sy tak update blog ..bukan sebab bz tapi ribut kemalasan yang melanda jadi tak berupdate la blog ni..aci tak..ke tak aci..
Nak story sikit fasal kuku.x kira la kuku kaki ke.. kuku tangan ke.. asalkan kuku..tapi kuku orang je la..bukan kuku hantu@lembu@kambing etc..
Semalam lunch hour makan dengan member dekat satu warung.Nama je warung tapi bukan warung2 kat tepi jalan tu tau.ini warung dalam kl sentral.Tempat ni customernya memang ramai tak kira masa.Menu dia memang best sebab ala2 kampung gitu..tapi nasi campur tak ada la..menu yang ada spt nasi minyak ayam goreng kampung, ketupat pulut daun palas rendang ayam, soto, asam laksa n macm2 lagi la..semuanya ala cart dengan harga yang agak berpatutan..
Nak dijadikan citer, time nak order makanan kat kaunter ternampak la kuku tangan si cashier tu punya la panjang..bukan sebelah je tau tapi kedua-dua belah tangannya..tengok muka macam melayu tapi dua kali tengok macam chinese pun ada..ok..tak pe lagi.
Lepas order kitaorang duduk kat meja sambil menunggu makanan sampai..n dalam 5 min 1 staff datang hantar makanan. Bila dia letak je makanan atas meja, mata ni terus terpandang kuku tangannya yang panjang kira2 1 inch lebih dan agak hitam..time tu pulak si staff ni tanya sy ada apa2 lagi tak yang tak cukup..boleh sy tak dengar apa yang dia cakap sb tergezut n agak geli tengok kuku dia..(bukan mengeji orang tu ye..tapi mengata je sb tak potong @ bersihkan kuku..)
Haii.. time tu nak makan pun dah rasa kembang tekak. Yang jahatnya lagi member sorang tu asyik provok2 pulak..mentang2 la dia order roti bakar je..(dia ingat roti bakar tu selamat ke..dia tak tahu roti tu staff tadi yang buat tau..siap di pegang2 sebelum sapu jem.haa haa..)
Member sy cadang nak complaint tapi bos dia dah balik pulak..dalam hati sy nasib baik le si Minah ni tak complaint sekarang..bukan apa, dia ni agak singa sikit..kang tak fasal2 terglamourr pulak dia n sy sekali kat situ..
For next time, rasanya tak pergi dah makan kat situ..walaupun soto n ketupat pulut ayam rendang dia emmmmsss memang sedap..tapi teringat kukukukuku tu..erghh forget it..

Wednesday, June 10, 2009

Kahwin

Ini back dated story tapi tak pe la kot..blog ni kan sy yang punya...SO ikut suka hati sy laa nak tulis cerita bila kan.kan.he..he.
Waktu cuti-cuti sekolah ni memang ramaila yang bina masjid (alhamdulillah..dah sampai seru..)so sy n family tak ketinggalan pergi ke majlis undangan sepupu Ayah aisye kat Alor Pongsu..
Bertolak dari Sungai Buloh pukul 7++ pm hr Sabtu sebab sy ada retreat kat Shah Alam that day.Sampai rumah Acu( Pakcik Ayah Aisye)dalam pukul 1.30 am hari Ahad.Memang letih sebab tak rehat since day 1st retreat tapi agak teruja (best punya word..) nak tengok macammana la kenduri kat kampung ni..kebetulan ini adalah anak pertama yang kahwin dalam family Acu.
Wedding theme colour maroon and pink. Memang dah tempah baju for me & kid since last month lagi..(fasal tu yang teruja kot..nak pakai baju baru..heee.)

Anyway..Selamat Pengantin Baru buat Angah & Husband. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..


Aisye adalah kid yang paling seronok pada hari tu sebab dapat tengok pengantin..(Budak kecik ni memang penchinta pengantin..sampai la ni bila tengok pengantin dia akan cakap pengantin mak ode walaupun orang tu dah ada anak n was switch to pengantin basi..hee.hee..)



Malam lepas kenduri..we straight to penang. 4 buah kereta yang pergi.Me & family, Abang O & family, Ayang & family and the last one Acu's Family..My PIL & SIL pun ikut juga.Bangun pagi kitaorang sempat berjogging dulu sb kebetulan rumah pakcik husband ni dekat dengan pantai..Sayangnya tak boleh mandi coz pantai lumpur bukan pasir..tapi nak mandi pun takpe..lepas mandi sure kulit yang agak2 hitam manis boleh jadi putih melepak gitu..hee..hee..


Dalam pukul 12 tghri baru keluar rumah dan terus pergi Fehringgi.Nasib baik ada bawa swimming suit.For aisye ye..not mine..sy suka pantai tapi tak suka mandi coz of sticky n will make me sun burn (especially muka le..)Mandi tak sampai sejam tapi sun burnnye sampai berbulan2..tak sangguppp..







Dah syok mandi, kitaorang pergi town pulak cari jeruk..Memang macam2 jeruk ada kat sini. Tapi semua bangsa asing yang jual. orang kite tak ada pun..nak tak nak beli jugak sebab tengok ramai orang kite beli kat situ..Beli pun tak banyak..dalam 4 plastik je..Dah habis round2 kat situ, kitaorang pun balik.letih maa..

p/s Teringat naik jet ski kat Fehringgi dengan abg(abang betul). Time tu bengang betul kat dia sb ingatkan peluh dia yang terpercik kat mulut sy.masin..Dah lama2.. baru perasan rupanya air laut la..lupa plak yang air laut ni masin..wakakaka..tak pasal2 dia kena kutuk dalam hati..