Wednesday, December 23, 2009

Bila Nak Baik Ni...

Lately selalu pening
dia dtg secara tiba2
pernah satu hari tu tgh jalan balik dr makan kt Sooka Sentral
tiba2 je macam nak jatuh
tak boleh balance badan..pening semacam
member2 pegang lengan kiri & kanan
bawa balik off..nasib baik tak jatuh
thanks sis..


Hari ni dah masuk hr kedua gelombang pening ni
hinggap kat kepala
pagi tadi ajak husband pergi klinik
buat check up
Dah habis check, Dr inform low blood pressure
hmmm.. patutla pening
dah makan ubat pun..
still ada lagi penyakit ni kat kepala..
nak buek camno niiii...huhu

Note:sekarang ni bukan setakat pening je..tapi sakit kepala pun dah join jugak..adusss..

Sunday, December 20, 2009

Gadis cuci..

Ahad datang lagi..
seronoknyerrr..
budak paling seronok..Aisye le..
sb ibu jaga dia hari ni..
(pity Aisye..weekend je ibu boleh duduk lama2 dengan dia)

Mr N pun ada kat rumah hari ni
lagila Aisye suka..
diaorg kan member kamceng
sekarang ni pun tgh ada kerja yg diaorg berdua ni buat
bagus..3x
relax sikit ibu nak blogging..hehe





riuh rendah suara dua beranak ni cuci kereta
hehe..macam tu la diaorg berdua ni kalau jumpa
sorang kacau..yg sorang lagi terjerit2 la..
time bersuka2 tak ingat ibu
tapi bila dah nangis...
IBU!!!!!!!...tengok ayah ni...!!!
yeee..ibu dah lama tengok ayah tu..hehe
ingatkan dah lupa ibu..
tahu pun nak cari ibu ye..

Dari mencuci kereta
sekarang ni dah melarat ke acara mandi2
macam yg pernah sy ckp sebelum ni..
Mr N le yg rajin melayan budak ni main pool..
takpe2..
ibu ok je..
tapi jangan ayahnya pun join mandi pool sekali sudah la..

mula2 tadi hari cerah je
tapi sekarang ni tiba2 je mendung..
kesian anak dan ayah ni mencuci kereta..

Tapi x pe la laling..
tak kisahla kejap lagi hujan ke, ribut ke..
kereta u tu kan dah lama tak mandi..hehe

Happy Birthday Ayah..

Hepy birthday to you...
hepy birtday to you..
hepy birthday to Ayah..
hepy birthday to you...


20.12.2009
adalah tarikh lahir my beloved husband...
jadi dsini
ibu & Aisye nak ucapkan..



Semoga ayah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..
Semoga KITA sentiasa dibawah lindunganNya
sentiasa diberkati dan bahagia bersama hingga ke akhir hayat..
Aminn..

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah

Selamat Tahun Baru 1431 untuk semua..
Amalan yang boleh kita kongsikan bersama..
Semoga kita senantiasa mendapat keberkatan dan dibawah keredhaanNya.Aminnn..

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun (dibaca selepas solat Magrhib):


Maksudnya
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.