Sunday, November 22, 2009

Nenek

Hari ni tak ke mana-mana.Duduk rumah je..kemas apa yang patut.
Rasanya sejak puasa sampai ke hari ni, baru beberapa kali je
waktu hujung minggu ada kat rumah.Selebihnya ada program lain kat luar..
Macam minggu lepas, sy n family balik kg Bukit Merah.Ziarah nenek sakit.
Masa raya keempat hari tu..nenek jatuh & tulang pinggul dia retak.
Pakcik bawa dia ke hospital & dia kena operate.Doktor letakkan skru kat tulang pinggul dia.Selepas operate nenek x lah mengadu sakit macam first dia jatuh hari tu.
Dia boleh duduk & makan sendiri.
Tapi baru2 ni nenek tiba2 kena strok jd sebelah kanan badan dia dah tak boleh
nak gerak.Sekarang ni condition dia makin teruk.
Semua kena bantuan orang.kesian nenek..Moga nenek kembali sihat..InsyaAllah..


Nenek dan Mak